Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamiesha Hamdan mahu menjadi petinju wanita Sarawak terhebat. Foto Jazni Hanif (TVS)

‘Saya mahu menjadi petinju wanita Sarawak terhebat’

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 23 Ogos: Selepas mencipta sejarah apabila menjadi atlet petinju wanita pertama Sarawak merangkul pingat emas bagi kategori 57kg, Hamiesha Hamdan, 17, mahu menjadi inspirasi kepada wanita Sarawak bahawa wanita juga sama hebat setanding dengan lelaki.

Berjaya menumpaskan Balqis Dayang Badrol Hisham dari Selangor, dia dedikasikan kemenangannya kepada ibu bapanya serta barisan jurulatihnya yang berjaya mengubah transformasi putaran 180 darjah untuk menjadi seorang petinju yang berjaya.

“Sejujurnya, saya sangat-sangat gembira dengan pencapaian dan perjalanan saya dari mula hingga kini amatlah berbaloi.

“Ditambahkan dengan saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching, agak bergelut jugalah kerana saya perlu mengimbangi pembelajarannya dan pada masa sama berlatih untuk SUKMA Sarawak 2024,” katanya kepada TVS malam tadi.

Dengan pencapaian yang diraihnya, dia mahu menjadi seorang petinju yang hebat yang boleh membanggakan Sarawak dan Malaysia di mata dunia.

Menariknya, perlawanan malam tadi adalah merupakan perlawanan pertamanya di pentas SUKMA berikutan memperolehi kemenangan percumanya setelah lawannya dari Sabah, Chalcy July hilang kelayakan untuk bertanding pada saingan separuh akhir.

Hamiesha merupakan antara tiga atlet wanita Sarawak yang bertanding pada edisi sulung ini.

Dua rakannya yang turut bertanding adalah Patricia Jaquilina Bruce yang berjaya merangkul pingat perak bagi kategori 48kg dan Clavia Charlene Sudang Kenedy yang akan memburu pingat emas bagi kategori 52kg malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan