Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menjalankan kajian geoteknikal struktur tanah di jalan-jalan utama sekitar ibu negara bagi memastikan kejadian lubang benam (sinkhole) tidak berulang. Foto fail Bernama.

Mangsa tanah jerlus sepatutnya pulang ke India esok – Rakan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Wanita warga India yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi tadi dijadualkan pulang ke negaranya esok bersama ahli keluarga selepas hampir dua bulan melancong di negara ini.

Menurut seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Vijayaletchumy berusia 48 tahun dari Andhra (Kuppam, India) melancong bersama suami, Mathaiya dan anak lelakinya Suriya menggunakan visa pelancong.

“Mereka sekeluarga memang sering menggunakan laluan ini untuk ke kuil berhampiran,” katanya dalam video berdurasi dua minit yang tular di TikTok.

Dia turut melahirkan rasa sedih kerana rakannya itu masih belum ditemukan walaupun operasi menyelamat telah dilakukan selepas kejadian pagi tadi.

Seorang lagi rakan mangsa berkata Vijayaletchumy bersama keluarganya keluar awal pagi tadi ketika cuaca hujan lebat untuk bersarapan di sebuah kuil di Lebuh Ampang dekat sini sebelum kejadian itu berlaku.

“Mereka sekeluarga tinggal di Malayan Mansion dan kami di lokasi lain,” katanya yang turut enggan dikenali.

Dalam insiden 8.20 pagi itu, mangsa bersama keluarganya sedang berjalan melalui kawasan hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India sebelum tiba-tiba terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan