Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kiri ke kanan: Uzair Zafran Badroel Rizwan, Ahmad Aiman Shah Bin Nazman Shah, Ethan Yam Yi Jien dan Jesaiah Lyshant Rabindran Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. Foto TVS

Lawan pedang: W.Persekutuan pungut emas acara epee lelaki berpasukan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Ogos: Wilayah Persekutuan mengungguli acara lawan padang dengan membutirkan emas lagi kategori epee lelaki berpasukan hari ini ke atas Negeri Sembilan 45-33.

Salah seorang atletnya, Jesaiah Lyshant Rabindran, berkata kunci kejayaan mereka dibuahkan dengan semangat kerjasama dalam berpasukan.

“Perasaan ini sememangnya luar biasa, dan kami bekerja sebagai satu pasukan. Malah, Uzair sebenarnya adalah peserta untuk kategori foil, tetapi dia turut serta dalam epee. Ini sangat bermakna kerana dia banyak menyokong dan melatih kami,” katanya.

Jesaiah menambah kegembiraan meraih pingat emas akan dikongsi bersama rakan sepasukan.

“Keempat-empat kami layak menerimanya, dan saya bersyukur kepada Tuhan yang telah memberikan kami peluang ini.

“Apabila anda terus berhubung dengan Tuhan, mengikuti rancangan yang betul, dan melakukan perkara yang benar, anda pasti akan berjaya seperti yang anda tetapkan dalam fikiran anda,” uajrnya.

Terdahulu, Wilayah Persekutuan turut menewaskan Melaka 45-36 dalam saringan separuh akhir. – TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan