Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ummi Mashitah Hasan (kiri) serta Mohamad Nurhasri dan ayahnya Maxzakir (kanan). Foto Akma Salleh (TVS)

Bersama tuai emas untuk Sarawak, Ummi ‘sparring partner’ Nurhasri

ByAkma Salleh

MIRI, 23 Ogos: Pemenang pingat emas bagi kategori Putri, Ummi Mashitah Hassan merupakan ‘sparring partner’ kepada Mohamad Nurhasri Maxzakir, atlet pencak silat Sarawak.

Perkara itu dikongsikan Ketua Jurulatih pasukan silat Sarawak, Fadzil Jamain sambil mendedahkan sepasang juara itu sering mengadakan latihan bersama.

“Ketika latihan, kami selalunya mengadakan empat sesi latihan sehari, iaitu dua jam untuk satu sesi. Lebih menarik kedua-dua mereka ini adalah rakan sparring. Mereka selalu berlatih bersama,” katanya kepada TVS di Stadium Bandaraya Miri, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Nurhasri Maxzakir dan Ummi Mashitah Hassan telah menuai emas untuk Sarawak masing-masing dalam kategori Putra Kelas E dan kategori Putri Kelas B.

Mohamad Nurhasri Maxzakir menewaskan pihak lawan dari Pahang iaitu Muhammad Raden Sabry Mohd Insan dengan skor akhir 60 – 58.

Manakala Ummi Mashitah Hassan pula berjaya memungut 39 mata mengalahkan Nur Irhamna Qamariah Wira dari Kedah yang hanya mendapat 24 mata.

Sementara itu, Mohamad Nurhasri berkata, dia akan meneruskan perjuangannya dan mengikuti jejak langkah ayah dan abangnya yang aktif dengan seni persilatan.

“Saya memang minat bersilat sejak berumur 10 tahun. Jika diberi peluang saya hendak mengikuti jejak langkah abang saya yang kini mewakili peringkat kebangsaan.

“Ayah saya juga sebenarnya merupakan seorang pesilat dan juara dunia ataupun world championship di Hat Yai, Thailand pada tahun 1994 bagi kategori Kelas G 70-75 kilogram (kg). Selain itu, dia juga banyak menyertai kejohanan yang lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan