Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima warganegara China disahkan maut dalam nahas pesawat ringan di wilayah Chachoengsao, timur Thailand. Foto hiasan Envato

5 warganegara China maut dalam nahas pesawat di Thailand

ByBernama

BANGKOK, 23 Ogos: Lima warganegara China disahkan maut dalam nahas pesawat ringan di wilayah Chachoengsao, timur Thailand pada Khamis, menurut kedutaan China di Thailand kepada Xinhua, memetik pihak berkuasa Thailand.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan selepas pesawat yang membawa dua juruterbang dan tujuh penumpang itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke wilayah pantai timur Trat, kata Gabenor Chachoengsao Chonlatee Yangtrong.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand, pesawat Cessna Caravan C208B penerbangan TFT 209 yang dikendalikan oleh Thai Flying Service terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara sebelum hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan