KUCHING: Seramai 8,000 pengunjung sehari dijangka membanjiri Pameran Kembara MATTA Sarawak ke-2Â pada 31 Ogos hingga 1 September 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pengerusi Matta Sarawak Chapter, Oscar Choo menjanjikan pameran kali ini bakal menghidangkan pakej pelancongan dan pengalaman yang sesuai dengan jenis pengembara sama ada pengembara solo, percutian keluarga atau pengembara perniagaan.
“Disebabkan oleh ramai pengunjung di pameran pengembaraan kami dan pertambahan pempamer, Pameran Kembara MATTA Sarawak kali ini menjanjikan suasana yang lebih kondusif di BCCK membolehkan pengunjung dan pempamer meneroka dengan selesa pelbagai pakej yang ditawarkan di pameran itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media MATTA Fair Sarawak ke-2 di MATTA Sarawak Chapter di Kuching pada Khamis.
Terdahulu, Pameran MATTA yang diadakan di Hills Mall Kuching direkodkan melepasi sasaran RM6.5 juta dengan berjaya menjana pendapatan sehingga RM9 juta.
Angka memberangsangkan itu didapati melepasi sasaran sebanyak sebanyak 30 peratus menurut data yang dikumpul pada penyerahan peraduan pembelian.
Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) iaitu Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings telah diumumkan sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi untuk acara tahun ini manakala RHB Bank Berhad sebagai Penaja Platinum Eksklusif.
Pameran akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma. – TVS