Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Afiq Syamil Abdul Juwani menewaskan Khairul Aiman Afik Amram dalam acara silat SUKMA 2024 di Miri, semalam. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Empat atlet Sarawak ke separuh akhir silat olahraga

ByAkma Salleh

MIRI, 22 Ogos: Empat atlet Sarawak berjaya menempah slot ke separuh akhir acara pencak silat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Permulaan baik itu menyaksikan Rusyaidi Fitri Nazir menewaskan Rasyad Sulaiman dari Wilayah Persekutuan dengan mengumpul sebanyak 52 mata berbanding Rasyad yang hanya memperoleh 36 mata menerusi acara silat olahraga kelas C 55kilogram (kg) – 60kg.

Manakala, bagi kelas E 65kg -70kg pula skuad Bumi Kenyalang yang diwakili Mohamad Nurhasri Maxzakir berjaya menumbangkan Selangor dengan 17 mata.

Selangor yang diwakili Muhammad Haimainul Qardawi Hairilizam ketinggalan dengan pungutan 14 mata.

Untuk rekod, Mohamad Nurhasri Maxzakir merupakan muka lama bagi skuad silat Bumi Kenyalang dan selebihnya merupakan bakat baharu.

Sementara itu, untuk kelas bebas 1 95kg – 110kg, acara suku akhir itu menyaksikan Arif Danish Amy Zahril Ramdzani memungut 49 mata mengalahkan Faiz Hanafee Zailan dari Johor yang mendapat 37 mata.

Bagi Kelas F pula, Abdul Afiq Syamil Abdul Juwani berjaya menewaskan Khairul Aiman Afik Amram dari Pahang dengan skor akhir 35-30.

Kejohanan pencak silat hari ke keempat itu menyaksikan pertandingan bagi acara silat olahraga Kelas A, Kelas B, Kelas C, Kelas D, Kelas E, Kelas F, Kelas H dan Kelas Bawah 45 tahun ke bawah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan