Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Abdul Halim Kader (tengah), Dato Ismail Abang Saufi (dua dari kiri) dan Sarbini Mahdi (dua dari kanan) semasa sidang media di Pusat Media Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi

Skuad sepak takraw Sarawak wakil Malaysia ke Qingdao, China bulan depan

BySteward Dawi

BINTULU, 22 Ogos: Seramai 12 pemain sepak takraw Sarawak terpilih mewakili Malaysia berentap di Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia di Qingdao, China pada 18 hingga 24 September 2024 ini.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) Dato Abdul Halim Kader berkata, Sarawak dipilih kerana memberi penghargaan kepada Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) sebagai ahli gabungan dalam PSM selain menganjurkan acara sepak takraw dengan jayanya pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“PSS telah menyediakan infrastruktur, sekretariat, barisan pengadil dan venue yang terbaik dan ini adalah hadiah yang kita berikan kepada anak-anak Sarawak.

“Berita gembira ini turut direstui sendiri oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumaili Reduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksikan perlawanan di antara pasukan sepak takraw Sarawak menentang Perlis hari ini bertempat di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Jelasnya, PSM secara prinsip telah bersetuju dengan ISTAF mengenai penamaan itu dan keputusan ini dibuat setelah melihat potensi dan ketrampilan pemain-pemain Sarawak sepanjang perlawanan di dalam SUKMA.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak, Dato Ismail Abang Saufi berkata, pihaknya akan menapis nama-nama barisan pemain yang akan dihantar bagi berentap di dalam kejohanan dunia itu dalam tempoh terdekat.

“Venue pertandingan kali ini ialah berada di pantai dan kita (Sarawak) belum ada pendedahan dan pengalaman berentap di kawasan berkenaan.

“Bukan semua pemain kita dapat diberi kelulusan kerana kami akan berinteraksi dengan semua mereka sebelum mengeluarkan senarai nama mereka yang akan terlibat nanti,” jelasnya.

Tambahnya, mereka (persatuan) juga baru diberitahu mengenai pekara itu dan mengakui pengumuman tersebut satu pencapaian dan kebanggaan untuk Sarawak.

Turut hadir, Pengurus Pasukan Sepak Takraw Sarawak, Sarbini Mahdi, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepaktakraw Sarawak (PSS) Fudin Chee Kifli dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Wan Mohd Husni Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan