Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Australia melancarkan perjanjian AS$570 juta untuk membina kilang peluru berpandu di sini sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya. Foto AFP

Sasaran 100 peluru berpandu setahun, Australia bina kilang peluru di Sydney

ByAFP

SYDNEY: Australia melancarkan perjanjian AS$570 juta untuk membina kilang peluru berpandu di sini sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya.

Menteri Industri Pertahanan Pat Conroy hari ini mengumumkan perjanjian untuk membangunkan Peluru Berpandu Serangan Bersama (JSM) tentera laut dan udara di sebuah loji di utara Sydney dengan majlis pecah tanah kilang itu dijadual akhir tahun ini.

Kilang tersebut bakal menghasilkan peluru berpandu anti-kapal dan JSM yang boleh dipasang pada pesawat canggih F-35A.

“Ini adalah mengenai pelaburan dalam industri pembuatan kami yang maju dan berteknologi tinggi dan membangunkan pangkalan industri pertahanan berdaulat kami,” kata Conroy.

Seorang pegawai pertahanan memberitahu AFP kilang itu akan memulakan pengeluaran pada 2027 dan akan mampu menghasilkan 100 peluru berpandu setahun.

Kedua-dua peluru berpandu itu dibangunkan oleh Kongsberg dari Norway.

Kebimbangan mengenai perbelanjaan pertahanan China yang besar dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan banyak sekutu Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan dalam keupayaan pembuatan peluru.

Australia adalah antara beberapa negara Asia Pasifik yang meningkatkan perbelanjaan pertahanan secara mendadak.

Perbelanjaan pertahanan Asia mencapai rekod AS$510 bilion pada 2023, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa, sebuah badan pemikir yang berpangkalan di London.

Australia telah melancarkan beberapa projek pertahanannya termasuk pembangunan armada kapal selam berkuasa nuklear.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan