Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong Sarawak memberi sorakan padu kepada atlet Bumi Kenyalang yang bertanding di venue pertandingan. Foto, TVS.

Sarawak terus dahului carta pingat, W. Persekutuan cuba mengejar

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 22 Ogos: Sarawak terus mengungguli carta kutipan pingat keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 setakat pukul 5 petang tadi.

Tuan rumah menambah empat pingat emas, enam perak dan dan dua gangsa hari ini.

Ini menjadikan 58 pingat emas diraih kontinjen Bumi Kenyalang serta 39 perak dan 46 gangsa.

Ibu Pertiwiku berkumandang di Arena Petanque Santubong pagi tadi selepas pasukan bertiga lelaki yang dibarisi Abdul Harith Oris, Aniq Ashraf Mohamad Hafizul dan Farid Amirul Muhammad menewaskan Kelantan dengan keputusan 10-5 pada final.

Penguasaan Sarawak di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dalam acara terjun juga sukar dikekang apabila dua pingat emas berjaya dituai hari ini.

Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin yang bergandingan dengan Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita menjuarai acara itu selepas memungut 212.58 mata.

Mereka menewaskan wakil Wilayah Persekutuan di tempat kedua manakala Perak berpuas hati dengan gangsa.

Penerjun kebangsaan, Enrique Maccartney Harold pula menepati ramalan apabila menang acara 10 meter platform lelaki dengan catatan 409.10 mata walaupun cuba dicabar rakan senegeri, Elvis Priestley Clement.

Wakil Sabah, Muhammad Anilrian Nirmatr Abdullah membawa pulang gangsa.

Perenang 400 meter gaya bebas wanita Sarawak, Kelly Yao Teo turut menceriakan penyokong apabila menang emas acara berkenaan.

Wilayah Persekutuan memberi cabaran apabila menambah enam emas menerusi olahraga, angkat berat, silambam, pingpong, judo dan renang.

Kontinjen itu kini mengumpul 51 emas, 42 perak dan 54 gangsa.

Terengganu di tempat ketiga dengan 31 emas, 29 perak dan 32 gangsa dan diekori rapat Selangor dengan 31 emas, 43 perak dan 33 gangsa.

Esok saingan kontinjen bertanding dijangka terus sengit apabila 80 pingat emas pelbagai acara dipertandingkan.

Pada hari penutup Sabtu ini, sebanyak 45 lagi pingat emas menjadi rebutan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan