Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad ragbi wanita Selangor melakar sejarah merangkul pingat emas. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Ragbi wanita Selangor raih emas, tewaskan Sarawak

ByVanessa Enjop

MIRI, 22 Ogos:  Pasukan ragbi wanita Selangor menutup kempen SUKMA 2024 dengan cemerlang dengan membawa pulang pingat emas selepas menewaskan Sarawak 12-7 dalam perlawanan akhir di Stadium Miri petang tadi.

Kemenangan yang melakar sejarah buat pasukan itu sepanjang penyertaan dalam temasya sukan dwitahunan itu telah mempamerkan prestasi yang luar biasa dengan mengatasi pasukan lawan dengan skor yang dominan.

Mereka memulakan kempen dengan kemenangan besar 38-5 ke atas Pahang, diikuti dengan kejayaan menumpaskan Terengganu 32-7. Selangor terus mencatat kemenangan mutlak 35-0 ke atas Sabah, dan menamatkan peringkat kumpulan dengan menewaskan Melaka 29-5.

Jurulatih pasukan Selangor, Rozliana Mohd Ridwan yang ditemui TVS selepas perlawanan menzahirkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa anak buahnya.

“Alhamdulillah, ini adalah kali pertama kami menjadi juara pada tahun ini setelah beberapa kali mencuba di edisi-edisi SUKMA sebelum ini. Ini adalah pencapaian terbaik kami setakat ini, hasil usaha gigih pemain selama beberapa tahun,” katanya.

Selain berpuas hati, Rozliana berharap agar mereka akan terus berusaha meningkatkan mutu permainan serta menambah ilmu dalam sukan ragbi.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya. Mereka telah bekerja keras, dan saya amat berterima kasih atas usaha-usaha mereka selama ini.

“Harapan saya, agar mereka teruskan lagi perjuangan dan sentiasa menambah ilmu dalam sukan ragbi ini, serta mempertingkatkan lagi mutu permainan mereka,” ujarnya.

Menurutnya kejayaan meraih pingat emas pada SUKMA edisi ini menjadi pemangkin semangat untuk mereka mengekalkan momentum dan terus mencipta sejarah di masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan