Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pasukan ragbi wanita Sarawak membawa mara ke final SUKMA 2024. Foto TVS.

Ragbi: Sarawak tundukkan Terengganu, final sengit bertemu Selangor

ByVanessa Enjop

MIRI, 22 Ogos – Pasukan ragbi wanita Sarawak sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam gelanggang selepas menewaskan Terengganu 5-0 dalam perlawanan separuh akhir SUKMA 2024 di Stadium Miri pada pagi tadi.

Perlawanan yang bermula pada jam 11 pagi itu berlangsung dalam suasana penuh debaran menyaksikan kedua-dua pasukan terbabit mempamerkan semangat juang yang luar biasa.

Bahkan sorakan daripada penyokong membakar semangat skuad tuan rumah mempamerkan aksi yang tidak mengecewakan serta bertenaga di atas padang.

Skuad Sarawak ketika ini berdepan cabaran terakhir iaitu bertemu pasukan Selangor pada jam 2 petang tadi.

Pertemuan itu diakui perlawanan yang sengit ekoran masing-masing memburu gelaran juara ragbi wanita temasya sukan dwitahunan kali ini..

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan