Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sempena penutupan SUKMA, beberapa jalan sekitar Stadium Perpaduan akan ditutup sementara

ByConnie Grace

KUCHING, 22 Ogos: Beberapa jalan sekitar Stadium Perpaduan, Petra Jaya akan ditutup sementara bermula 3 petang sehingga selesai Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 24 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata penutupan itu adalah bagi melancarkan pergerakan aliran trafik.

Antara jalan yang akan ditutup ialah bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan, simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium (hadapan dan belakang).

Turut ditutup, simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Diplomatik (hadapan Pusat Akuatik), jalan masuk Pusat Akuatik Pandelela Renong 1 dan 2, jalan masuk Padang Gasing, jalan masuk Diplomatik (Squash centre), lorong masuk ke tempat letak bas serta Jalan Stadium ke simpang parkir awam.

Orang ramai yang ingin hadir dinasihatkan supaya menggunakan laluan berikut untuk ke tempat letak kenderaan awam yang dikhaskan iaitu dari arah bulatan Sesco dinasihatkan membuat pusingan ‘U’ di bulatan Casuarina kemudian melalui Jalan Casuarina untuk masuk ke simpang Salan Stadium (ring).

Kenderaan yang melalui Jalan Diplomati boleh terus masuk ke kawasan tempat ketak kenderaan di tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak.

Menurutnya lagi, untuk laluan keluar orang ramai dari kawasan stadium, kenderaan dari tempat letak kenderaan Stadium Sarawak dinasihatkan keluar menggunakan Jalan Diplomatik menghala ke Demak, kenderaan dari Jalan Stadium dinasihatkan keluar melalui Jalan Stadium menghala ke Jalan Casuarina.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan merancang perjalanan dengan memilih jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan