Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Altet Wilayah Persekutuan, Mohamad Syahmi Nor Ghazali berjaya merangkul pingat emas dalam sukan angkat berat bagi kategori 89 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto TVS

Mohamad Syahmi raih emas pertama W.Persekutuan acara angkat berat

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 22 Ogos: Mohamad Syahmi Nor Ghazali membutirkan kilauan emas pertama Wilayah Persekutuan menerusi acara angkat berat bagi kategori 89 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dia memenangi acara tersebut selepas mengangkat bebanan keseluruhan 302 kilogram (kg) iaitu 130kg untuk snatch dan 172kg (clean and jerk).

Mohamad Syahmi berkata, usahanya untuk memecahkan rekod kebangsaan terbantut ekoran gagal dalam dua percubaan terakhirnya untuk disiplin clean & jerk.

“Mungkin bukan rezeki saya lagi untuk pecahkan rekod kebangsaan pada kali ini. Insya-Allah, satu hari nanti saya berjanji akan memecahkan juga rekod tersebut.

“SUKMA lepas saya menang pingat perak dan kali ini saya menghadiahkan emas ini kepada arwah nenek saya kerana sebelum ini pernah berjanji kepadanya. Saya tidak akan berhenti di sini dan akan meneruskan lagi perjuangan saya,” ketika ditemui media di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Mohamad Syahmi juga optimis untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa seperti Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Sukan Komanwel selepas ini.

“Jika ada rezeki, saya akan pergi ke peringkat Sukan Olimpik seperti seseorang yang kita kenal iaitu atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan. Seperti dia, saya juga akan cuba ke peringkat itu,” jelasnya.

Acara hari ini turut menyaksikan Muhammad Irfan Haziq Yusoff dari Perak meraih pingat perak dengan catatan 295kg (130kg, 165kg) manakala atlet Perlis, Muhammad Aizul Hafizi Roslin pulang dengan gangsa menerusi angkatan 246kg (116kg, 130kg).

Sementara itu, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai@Thomas menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian skuad angkat berat yang berjaya menghadiahkan kontinjen tersebut satu pingat emas buat masa ini.

“Secara keseluruhan, Wilayah Persekutuan telah mencapai 48 pingat emas setakat jam 1 petang Khamis.

“Berdasarkan keputusan ini, kita masih berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 70 pingat emas dan saya berharap esok kita akan dapat capai sasaran berkenaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan