Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Melaka meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir bola sepak SUKMA XXI 2024 selepas menewaskan Terengganu 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Mukah pada 22 Ogos 2024. Foto TVS

Melaka cipta sensasi, singkir juara bertahan Terengganu separuh akhir bola sepak lelaki

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 22 Ogos: Melaka melakar kemenangan sensasi apabila menumbangkan juara bertahan, Terengganu pada separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Skuad Sang Kancil junior yang hadir ke Bumi Kenyalang tanpa diberi perhatian mencipta kejutan demi kejutan sejak aksi peringkat kumpulan apabila mengikat dua pasukan pilihan Kedah dan Pulau Pinang untuk ke suku akhir.

Pada peringkat lapan terbaik, Melaka meneruskan aksi luar biasa mereka dengan menewaskan bekas juara empat kali, Perak dengan keputusan 2-1 bagi menempah slot separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir tadi Stadium Mukah sengit sejak wisel dibunyikan namun tiada jaringan terhasil sehingga tamat 45 minit aksi di atas padang.

Bersambung babak kedua, Melaka memecah kebuntuan apabila mendapat gol pembukaan perlawanan menerusi jaringan Mohd Afiq Norizan pada minit ke-72.

Perlawanan terus sengit dengan asakan bertali arus kedua – dua pasukan dan Melaka tidak bernasib baik apabila pemainnya, Muhammad Firdaus Mohd Ya’akub tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke -86 sekali gus memberi gol penyamaan kepada Terengganu.

Aksi sengit berlarutan hingga masa tambahan dan memasuki minit ke-120, keputusan 1-1 kekal sekali gus mengheret ke penentuan penalti.

Melaka meneruskan kisah dongeng mereka di Mukah apabila keluar sebagai pemenang dengan keputusan 4-3.

Dalam penentuan penalti, Terengganu menyempurnakan tiga sepakan melalui Sheikh Mohammad Faris Bin Sheikh Mohammad Faisal, Muhammad Syukran Pauzi dan Radzilah Helmi Roitz.

Melaka pula berjaya menyempurnakan empat sepakan oleh Muhammad Haziq Shafi Putra Zulkafli, Muhammad Raff Syahmi Ariffen, Muhammad Alif Ezazhan Zulkeifli dan Muhammad Farish Annu Aswadi dalam penuhdramatik.

Sementara itu, di Padang Mesra MDDM Mukah, Wilayah Persekutuan (WP) mara ke final selepas mengatasi Kelantan, juga dengan penentuan penalti 4-2.

Melaka dan WP akan membuat perhitungan merebut ibu segala pingat emas SUKMA 2024 pada 3.30 petang Sabtu ini di Stadium Mukah.

Penyingkiran Kelantan dan Terengganu pada separuh akhir akan menyaksikan kedua -dua pasukan Pantai Timur itu akan bersaing dalam perlawanan merebut pingat gangsa. – TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan