Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Selangor, Noor Hirzie Fariez Mustafa merangkul pingat emas dalam sukan angkat berat bagi acara 73 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto: Mohd Raffiq (TVS)

Tewas SUKMA 2022, atlet angkat berat Selangor bangkit raih emas di Bumi Kenyalang

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 21 Ogos: Tewas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 tidak meleburkan semangat atlet angkat berat Selangor, Noor Hirzie Fariez Mustafa.

Ini kerana SUKMA 2024 di Sarawak menjadi medan kebangkitan atlet muda itu merangkul pingat emas dalam acara 73 kilogram (kg) lelaki.

Dia berjaya menyempurnakan angkatan keseluruhan 270kg iaitu 115kg untuk disiplin snatch dan 155kg untuk clean & jerk.

Menurut Noor Hirzie Fariez, dia berpesan kepada diri sendiri supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu ketika bertanding selain turut berhasil mencipta rekod angkatan terbaik peribadinya yang tersendiri pada temasya kali ini.

“Ini merupakan rekod peribadi terbaik saya kerana susah hendak dilakukan semasa pertandingan, namun pada SUKMA kali ini, saya buktikan yang saya boleh buat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat acara 73kg lelaki di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Tambah Noor Hirzie Fariez, dia menyasarkan untuk mewakili negara pada Sukan Komanwel 2026 dan berhasrat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sekarang ini, saya masih merupakan atlet negeri dan berharap agar dapat menjadi atlet pelapis negara.

“Insya-Allah, jika ada rezeki, saya hendak pergi lebih jauh lagi daripada Komanwel.

“Jika sokongan diberikan jurulatih dan pihak lain kepada saya untuk menjadi wakil negara pada Sukan Asia Tenggara (SEA) Thailand, saya juga akan membuktikan bahawa saya boleh lakukannya,” ujarnya.

Pada masa sama, Noor Hirzie mendedikasikan pingat emas yang diperolehnya kepada jurulatih serta kedua ibu bapanya dan turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dirinya dalam menghadapi SUKMA tahun ini.

Sementara itu, Sharon Jastine Silas dari Sabah meraih pingat perak menerusi angkatan 251kg (110kg, 141kg) dan tempat ketiga menjadi milik atlet Johor, Muhammad Afiq Lili Razak dengan angkatan 250kg (113kg, 137kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan