MIRI, 21 Ogos: Pasukan ragbi wanita Sarawak melangkah ke suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 26-5.
Perlawanan yang bermula pada 9 pagi tadi di Stadium Miri menyaksikan Sarawak mengekalkan momentum cemerlang hingga ke wisel penamat, meskipun dikenakan beberapa mata penalti.
Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Sarawak sekali gus memberi amaran kepada pencabar lain dalam perebutan pingat.
Sementara itu pasukan ragbi lelaki Sarawak berjaya bangkit apabila mencatat kemenangan 27-5 ke atas Sabah.
Sebelum ini mereka mengalami dua kekalahan berturut-turut menentang Terengganu dan Pahang. – TVS.