Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua ekor Burung Kenyalang @ Burung Enggang 'singgah' di Stadium Bandaraya Miri, pagi ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Satria, Satrina singgah di venue pencak silat SUKMA

ByAkma Salleh

MIRI, 21 Ogos: Orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara pencak silat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri di sini teruja dengan kehadiran sepasang Burung Kenyalang yang ‘singgah’ di venue berkenaan.

Spesies yang memiliki paruh putih itu turut dikenali sebagai burung rengak oleh penduduk tempatan hinggap di atas bumbung stadium berkenan kira – kira pukul 8.31 pagi.

Kemunculan kedua – dua ekor burung itu selama kira – kira tiga minit menarik perhatian orang ramai dengan video dan gambar dirakamkan kemudian dikongsi menerusi media sosial.

Pada SUKMA edisi ke-21 ini, burung itu dipilih sebagai maskot rasmi yang diberi nama Satria dan Satrina.

@tvsarawak

Dua ekor Burung Kenyalang @ Burung Enggang ‘singgah’ di Stadium Bandaraya Miri 📹 Akma Salleh (TVS) Liputan langsung SUKMA XXI Sarawak 2024 di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro dan juga tvsarawak.my/StadiumSUKMATVS SUKMA2024 StadiumSUKMATVS OohaaSUKMA

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Maskot itu menjadi antara hampir 100 jenis barangan cenderahati yang dijual sempena temasya ini dan mendapat sambutan hangat.

Maskot menampilkan sepasang burung kenyalang atau enggang itu dijual dalam bentuk patung, kemeja-T, rantai kunci dan barangan lain yang dihasilkan syarikat tempatan serta rakan rasmi Sukma 2024, Keris Sakti Group. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan