Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan silat SUKMA 2024 di Stadium Bandaraya Miri, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Sarawak bersedia jadi tuan rumah temasya sukan lebih besar – Awang Tengah

BySalasiah Safian

MIRI, 21 Ogos: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin Sarawak mampu menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan yang lebih besar.

Katanya, ia terbukti dengan kejayaan Sarawak menjadi penganjur temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

“Nampaknya di Miri ini cukup bersedia untuk kita menganjurkan kejohanan-kejohanan yang lebih besar dan ini telah dibuktikan dengan SUKMA ini. Kelengkapan sukan di Miri ini sudah begitu bagus sekali. Jadi saya ucapkan tahniah.

“Kita juga telah diminta oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjadi hos bersama bagi kejohanan Sukan SEA dan sudah tentu beberapa acara saya rasa boleh diadakan di Miri,” katanya pada sidang media di Pusat Media SUKMA Sarawak Bahagian Miri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar Sarawak akan menjadi juara keseluruhan untuk SUKMA 2024.

Katanya, SUKMA merupakan satu arena untuk mencungkil bakat yang bukan sahaja menjadi jaguh di peringkat negeri tetapi juga jaguh negara.

Malah bakat-bakat SUKMA katanya, jika digilap mampu bersaing di peringkat antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan