Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat kedua mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu ditemukan terapung pada 5.30 petang, hari ini. Foto Bomba dan Penyelamat

Bot karam: Mayat kedua dijumpai, satu lagi masih hilang

KUCHING, 21 Ogos: Mayat kedua mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu ditemukan terapung pada 5.30 petang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata mayat pelajar perempuan, Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung oleh orang awam.

“Mayat mangsa dijumpai satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba di bahagian hilir sungai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mayat Vilkie Wilson, 15, dijumpai terapung pada 11.58 pagi.

Usaha mencari seorang lagi mangsa, Alsma Jithil, 14, masih giat dilakukan.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi semalam, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan