Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zafreen beraksi di gelanggang Arena 1, bagi acara silat olahraga menentang Kelantan yang diwakili Najihah Ab Aziz. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Pelakon Tiger Stripe intai peluang ke peringkat akhir silat olahraga

ByAkma Salleh

MIRI, 20 Ogos: Pelakon utama filem Tiger Stripe, Zafreen Afrina Zairizal yang beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 mengintai peluang untuk menaiki podium acara silat olahraga.

Aktres berusia 18 tahun yang mewakili Selangor itu berkata, dia optimis dapat melakukan yang terbaik selepas melepasi saringan awal dengan menewaskan lawan dari Kelantan.

“Ini kali pertama kali saya menyertai SUKMA, sebelum ini pernah mengikuti beberapa kejohanan kecil.

“SUKMA merupakan kejohanan terbesar yang saya sertai setelah belajar ilmu persilatan sejak berumur 16 tahun,” katanya kepada TVS selepas pertandingan di Stadium Bandaraya Miri hari ini.

Mengenai aksinya tadi, Zafreen Afrina mengakui dia tertekan pada pusingan pertama kerana lawan berada di hadapan.

“Ketika itu saya mula tidak percaya pada diri sendiri, bagaimanapun bila saya fikir semula pengorbanan untuk sampai ke sini, saya tidak berputus asa dan mendengar nasihat jurulatih di tepi gelanggang,” katanya.

Dalam filem Tiger Stripes arahan Amanda Nell Fu, dia memegang watak sebagai Zaffan yang berdepan kecelaruan selepas mula mengalami perubahan fizikal pada tubuhnya setelah akil baligh.

Filem seram itu juga pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023 dan memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik Antarabangsa.

“Ketika itu saya berumur 15 tahun dan hanya mencuba nasib menyertai uji bakat atas nasihat ibu bapa.

“Mereka mahu saya berjaya dalam semua bidang, akademik, lakonan dan juga sukan.

“Insya-Allah selepas ini, kalau ada peluang saya berlakon semula,” katanya.

Tiger Stripes yang juga ditayangkan menerusi Netflix turut dibintangi oleh Shaheizy Sam yang memegang watak sebagai Dr Rahim dan bomoh palsu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan