Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Haslina Abdul Hamid (kiri) dan Nur Adina Fatehah (kanan) ketika ditemui TVS hari ini. Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Atlet Kedah pernah wakili Malaysia, raih emas di Kashmir

ByAkma Salleh

MIRI, 20 Ogos: Atlet silat Kedah, Nur Adina Fatehah Zaharul Nizam yang pernah meraih pingat emas pada kejohanan antarabangsa berjaya merealisasikan harapan yang disandarkan pasukan Jelapang Padi itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Kejayaan itu hadir selepas dia menewaskan Maisarah Zainal dari Perlis dalam acara solo kreatif.

Jurulatihnya, Haslina Hamid berkata sebelum ini pada kejohanan di Kashmir, Nur Adina Fatehah memenangi pingat emas acara seni silat ganda wanita.

“Pada SUKMA 2022, dia juga meraih emas dalam kategori tersebut bersama rakannya Asma Danish.

“Mereka kemudian mewakili Malaysia di Kashmir dan turut memenangi pingat emas di sana,” katanya kepada TVS di Stadium Bandaraya Miri, hari ini.

Sementara itu Nur Adina Fatehah,21, berkata dia tidak menyangka akan mencapai kemenangan hari ini kerana lawannya itu seorang pesilat yang agresif dan mempunyai pergerakan yang lebih menakjubkan.

“Sebenarnya saya mengidolakan Maisarah kerana permainan dia lebih hebat.

“Alhamdulillah atas usaha saya dan bawa semangat Mak Ina (Haslina) dan arwah Ayah Din (Din Mukhti) saya berjaya menamatkan pertandingan hari ini dengan cemerlang.

“Mereka banyak memberi nasihat dan dorongan kepada saya selama saya berguru dengan mereka,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan