Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

HKHM2024: Muat naik video, gambar di media sosial dengan tanda pagar #KibaranJiwaMerdeka

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Ogos: Rakyat Malaysia digalakkan memuat naik video dan gambar mengibarkan Jalur Gemilang pada tanggal 31 Ogos dan 16 September ini di platform media sosial dengan tanda pagar #KibaranJiwaMerdeka.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia merupakan kempen Kibaran Jiwa Merdeka diperkenalkan KPN untuk meningkatkan semangat patriotrik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di dalam mahupun luar negara diminta untuk mengambil bahagian dalam kempen ini,” menurut kenyataan itu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama berkata kemerdekaan sewajarnya difahami bukan hanya bebas daripada dijajah, sebaliknya kemampuan rakyat menjalani kehidupan lebih baik dan memiliki semangat cinta negara.

“Melalui konsep Malaysia MADANI, ia kunci utama bagi menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, Aaron menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dalam Kempen Kibaran Jiwa Merdeka .

Beliau berharap agar media sosial diserikan dengan gambar-gambar patriotrik yang akan menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia serta menanam pohon-pohon perpaduan.

“Kementerian berharap agar kempen ini secara tidak langsung dapat meraikan kepelbagaian, mempromosikan kebersamaan seterusnya membentuk jati diri yang dapat membina semangat cintakan negara,” katanya.

‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan