Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara pencak silat antara yang menyumbang emas kepada Sarawak hari ini. Foto, TVS.

Gerald Rentap yakin Sarawak mampu jadi juara keseluruhan SUKMA 2024

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Ogos: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu yakin Sarawak mampu menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Jelas Gerald Rentap, hasrat berkenaan boleh direalisasikan berdasarkan komitmen yang diberikan oleh semua pihak.

“Cabaran kita hari ini kita ada 78 pingat, acara yang akan masuk ke peringkat akhir.

“Kita dapat rasakan dalam dua tiga hari ini memang waktu yang penting untuk memastikan kemenangan Sarawak,” katanya ketika ditemui media di Marina Bay, Miri di sini hari ini.

Justeru beliau menyeru semua rakyat Sarawak terutamanya di Miri untuk memberikan sokongan penuh kepada Kontinjen Sarawak.

Setakat 7 malam tadi, Sarawak masih menggungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 47 pingat emas, 26 perak dan 38 gangsa.

Wilayah Persekutuan mengekori di tempat kedua dengan 36 emas, 33 perak dan 46 gangsa.

Terengganu turut memberi cabaran apabila berada di tempat ketiga dengan 23 emas,  21 perak dan 22 gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan