Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat dari Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Dasar karbon Sarawak jadi penanda aras Kerajaan Persekutuan

ByMarzella Sigai

KUCHING, 20 Ogos: Perancangan dan dasar karbon yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dilihat telah bergerak jauh ke hadapan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan pencapaian Sarawak, Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama rapat bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih 2050.

Ujar beliau Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menyambut baik hasrat berkenaan.

“Justeru penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara dan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan akan diperkenalkan secepat mungkin.

“(Oleh itu kunjungan hari) ini (merupakan) sebahagian siri libat urus dengan Kerajaan Sarawak dan bagi kita, Sarawak telah ke hadapan dalam aspek merencanakan dasar karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, beliau berharap RUU yang akan diperkenalkan di peringkat pusat akan dapat diselaraskan dengan rangka sedia ada di Sarawak.

“Kita harap dapat selaraskan dengan apa yang telah dibuat oleh Sarawak dan juga keperluan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau pelaksanaan sesi libat urus dengan Kerajaan Sarawak juga penting bagi memastikan wujudnya keharmonian perundangan sedia ada di sini dengan yang sedang dirancang Putrajaya.

“Kita perlu lihat pendekatan menang-menang antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak supaya dapat capai sasaran kita,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan