Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencatat kemenangan besar 74-37 ke atas Pahang dalam perlawanan pusingan awal bolą jaring Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Politeknik Mukah hari ini. Foto, UKAS.

Bola jaring: Tewaskan Pahang, Sarawak intai peluang mara peringkat seterusnya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 20 Ogos: Sarawak mencatat kemenangan besar 74-37 ke atas Pahang dalam perlawanan pusingan awal bola jaring Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Politeknik Mukah hari ini.

Ketua jurulatihnya Katherine Khoo Sen Sen berkata, kemenangan selesa itu tidak memberi jaminan pasukannya akan ke peringkat seterusnya kerana perlu menunggu keputusan membabitkan pasukan lain dalam kumpulan sama.

“Kita perlu menunggu keputusan perlawanan Pahang dan Terengganu esok.

“Jika Pahang menang, kita berpeluang untuk mara kerana perbezaan skor yang ketara,” katanya kepada TVS selepas perlawanan hari ini.

Dalam aksi hari ini, Sarawak mendominasi keseluruhan perlawanan apabila menamatkan suku pertama dengan 18-8.

Momentum diteruskan kemenangan 16-12 pada suku kedua, 16-9 (suku ketiga) dan menutup perlawanan dengan 24-8.

Pada perlawanan pertama 17 Ogos lepas, Sarawak tewas 45-48 kepada Kedah dan tunduk 53-56 kepada Terengganu sehari selepas itu.

Semalam Sarawak mencatatkan kemenangan tipis 40-39 ketika bertemu Selangor.

Keputusan lain hari ini menyaksikan Kedah mengatasi Pahang 67-49 manakala Terengganu menundukkan Brunei 68-30.

Sementara itu, perlawanan antara Kelantan dan Perak berakhir dengan keputusan seri 44-44.

Wilayah Persekutuan pula mencatat kemenangan 45-31 ke atas Johor.

Esok, Pahang akan bertemu Terengganu pada 8.30 pagi manakala Sarawak akan berdepan Brunei pada 10.30 pagi.

Perlawanan lain menyaksikan Kedah akan bertemu Selangor, Kelantan menentang Johor dan Sabah membuat perhitungan dengan Perak pada 4.30 petang.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan