Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menaruh harapan tinggi agar penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bakal diadakan di Sarawak pada Ogos ini bebas daripada ‘pencemaran’ kes doping atau penyalahgunaan bahan terlarang. Foto hiasan Envato

Awas, atlet SUKMA diingatkan tidak ambil barang terlarang – ADAMAS

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 20 Ogos: Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) mengingatkan atlet-atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 supaya tidak mengambil bahan terlarang yang boleh menjejaskan karier mereka.

Penolong Pengarah Kanan ADAMAS Zulkefli Saref berkata, jika ada yang didapati melakukan kesalahan berkenaan, mereka boleh berdepan hukuman penggantungan namun bergantung kepada situasi.

“Sebagai contoh, jika mereka merupakan pelajar sekolah yang tidak tahu mengenai pendidikan anti-doping, maka kita hanya memberi amaran kepada mereka.

“Namun, jika pelanggaran itu dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja serta tahu mengenai pendidikan itu, maka mereka boleh dikenakan hukuman sehingga empat tahun penggantung atau penggantungan karier seumur hidup jika berterusan melanggar peraturan,” katanya kepada TVS hari ini.

Bagi mengelakkan berlaku kes Berkenaan pada edisi SUKMA kali ini, Zulkefli berkata pihaknya telah menganjurkan Anti-Doping Education and Learning (ADEL) kepada semua atlet dan pegawai bagi memastikan mereka cakna serta mempunyai kesedaran dalam bahayanya gelaja doping.

“Bukan itu sahaja, platform ADEL perlu wajib diikuti setiap atlet yang bertanding terutamanya pada temasya SUKMA edisi ini dan perlu diambil setiap kali penganjurannya atau setiap dua tahun.

“Ini kerana World Anti-Doping Agency sentiasa mengemas kini modul-modul pendidikan yang mungkin pada dua tahun lepas, bahan tersebut tidak boleh diambil tetapi dua tahun akan datang, bahan tersebut boleh diambil.

”Bukan itu sahaja untuk orang awam, kita membuka reruai di setiap venue pertandingan bagi memastikan mereka juga turut cakna mengenai bahayanya pengambilan doping tersebut,” katanya lagi.

Ditanya mengenai cara penilaian tersebut dijalankan, Zulkefli berkata semua atlet termasuklah pemenang pingat emas, perak dan gangsa akan diuji dan protokol tersebut terpakai untuk semua jenis sukan dipertandingkan pada edisi ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan