Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan beregu campuran Sarawak, Jeremy Juan-Kashley Kho. Foto TVS

SUKMA: Sarawak ke separuh akhir, bertemu Selangor petang ini

ByTVS

SIBU, 19 Ogos: Kem badminton Sarawak mara ke separuh akhir pusingan kalah mati selepas mengatasi Perak dalam perlawanan suku akhir kumpulan A di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

Sarawak mengutip mata pertama hasil kemenangan perseorangan wanita Wong Ling Ching selepas mengalahkan Nur Aina Maisarah Muhamad 21-10, 21-9.

Pada perlawanan perseorangan lelaki, Sarawak gagal mengutip mata selepas Goh Shun Huat tewas di tangan Eogene Ewe Eon 16-21, 18-21.

Bagaimanapun Sarawak tidak menunggu lama untuk bangkit semula memperoleh mata kedua hasil kemenangan beregu campuran, Jeremy Juan-Kashley Kho 21-17, 21-18 menewaskan pasangan dari Perak, Ng Jhi Hao-Vannee Gobi.

Jeremy ketika ditemui media berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik dalam aksi separuh akhir petang ini.

“Saya rasa hari ini kami telah bermain dengan begitu baik dan dapat mengutip satu mata untuk Sarawak.

“Saya rasa (peringkat) kumpulan dengan separuh akhir tidak sama. Kalau kalah di separuh akhir maka kalahlah tetapi kumpulan masih ada peluang lagi untuk ke separuh akhir.

“Perasaan itu sedikit berbeza. Saya harap kami boleh mengambil peluang ini untuk menang ke atas pasukan lawan,” katanya.

Mata ketiga Sarawak disumbangkan pasangan beregu wanita Genevie Lim-Lee Zi Suen selepas berjaya menewaskan Cheng Pei En-Chong Jie Yu 21-18, 21-18.

Sarawak dijangka bertemu Selangor dalam aksi perlawanan separuh akhir pusingan kalah mati pada jam 4 petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan