Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Qistina Qharisya merangkul pingat emas dan memecahkan rekod kebangsaan acara angkat berat bagi acara 45 kilogram wanita. Foto Mohd Raffiq (TVS)

SUKMA: Qistina Qharisya pecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat wanita

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 19 Ogos: Atlet Perak, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dalam sukan angkat berat bagi acara 45 kilogram (kg) wanita.

Kemenangan tersebut lebih manis untuk Qistina Qharisya apabila beliau turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan mencatatkan rekod baharu bagi setiap disiplin iaitu 65kg untuk snatch, 79kg (clean & jerk) dan juga jumlah keseluruhan 144kg.

Qistina Qharisya yang kelihatan sebak dan gembira setelah menjuarai acara itu berkata, beliau amat menginginkan pingat emas sejak temasya SUKMA edisi lepas, namun misi tersebut agak sukar dengan adanya cabaran hebat atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri.

“Saya memang mahukan pingat emas. Waktu SUKMA 2022, saya tidak berkesampaian memenangi emas sebab lawan saya ialah Afiqah dan memang saya tahu dia lebih hebat daripada saya.

“Kali ini, saya benar-benar mahu bawa pingat emas balik ke Perak dan beri kepada ibu bapa saya yang telah banyak berkorban untuk saya,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat acara 45kg wanita di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Qistina Qharisya menambah, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapinya sebelum beliau mampu menghasilkan kilauan emas untuk Perak.

“Cabaran yang saya hadapi, susah sedikit untuk dikatakan kerana saya duduk di tempat latihan yang jauh daripada ibu dan ayah.

“Selain itu, saya banyak mengalami demam akibat rindu kepada ibu dan ayah saya kerana tidak dapat selalu berjumpa dengan mereka,” ujarnya.

Jelas Qistina Qharisya lagi, beliau optimis untuk menyertai SUKMA akan datang dalam usaha mempertahankan pingat emas yang diperolehnya pada edisi kali ini.

Sementara itu, pingat perak dimenangi Irene Jane Henry dari Sabah dengan catatan keseluruhan 137kg (64kg, 73kg) dan tempat ketiga dirangkul atlet tuan rumah Sarawak, Katierina Bojing yang mencatatkan angkatan 108kg (48kg, 60kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan