Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet kontinjen Perlis, Muhammad Azri Irfan Azhar mempertahankan pingat emas acara angkat berat bagi acara 55 kilogram lelaki buat kali kedua berturut-turut pada SUKMA 2024. Foto Mohd Raffiq (TVS)

SUKMA: Perlis pertahan pingat emas angkat berat 55kg lelaki

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 19 Ogos: Atlet kontinjen Perlis, Muhammad Azri Irfan Azhar berjaya mempertahankan pingat emas sukan angkat berat bagi acara 55 kilogram (kg) lelaki buat kali kedua berturut-turut pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dia yang mahu merealisasikan impian peribadi dalam acara itu mencatat kemenangan menerusi angkatan keseluruhan 230kg, iaitu 100kg untuk snatch dan 130kg (clean & jerk).

“Ini adalah rekod baharu untuk saya dan saya juga ingin mencuba untuk memecahkan rekod kebangsaan (143kg clean & jerk) tetapi tiada rezeki untuk tahun ini.

“Namun, Insya-Allah, pada tempoh dua tahun akan datang, saya akan buat yang terbaik untuk pecahkan rekod kebangsaan tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat acara 55kg lelaki di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Muhammad Azri juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam memastikan persediaan lengkap terhadap dirinya bagi menghadapi temasya SUKMA tahun ini.

“Terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis yang selalu menyokong kami, tidak lupa kepada ibu dan ayah saya yang menonton perlawanan dari Perlis, termasuk juga jurulatih dan kawan-kawan serta seluruh rakyat negeri Perlis,” ujarnya.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Mohamad Rahimi Sulaiman dari Pahang dengan catatan keseluruhan 229kg (103kg, 126kg) dan gangsa dimiliki oleh Ahmad Darwisy Zharfan Ahmad Tharmidzi dari Wilayah Persekutuan yang mencatatkan 211kg (93kg, 118kg).

Muhammad Azri memenangi pingat emas sulungnya pada SUKMA 2022 dalam acara 55kg dengan jumlah angkatan 223kg; iaitu 98kg untuk snatch dan 125kg untuk clean & jerk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan