Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad skuasy Sarawak menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas dan gangsa menerusi acara beregu campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

SUKMA 2024: Sarawak raih emas, gangsa dalam beregu campuran skuasy

ByBernama

KUCHING, 19 Ogos: Skuad skuasy Sarawak menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas dan gangsa menerusi acara beregu campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Pada aksi final di Pusat Skuasy Sarawak di sini, Nathalie Sim Shu Eng dan Harith Danial Jefri berdepan cabaran sukar untuk menumpaskan pasangan dari Melaka Thanusaa Uthrian dan Andrik Lim Kai Shan.

Tuan rumah Sarawak memulakan aksi set pertama dengan langkah cemerlang apabila berjaya memenanginya dengan markah 11-9 sebelum pasangan Melaka kembali bangkit pada set kedua dengan kemenangan 11-8.

Aksi di set penentuan menyaksikan pasangan Harith dan Nathalie berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 11-9.

Kemenangan itu menyaksikan Harith dan Nathalie berjaya mempertahankan pingat emas milik mereka dalam acara sama pada SUKMA edisi 2022.

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran Sarawak, Eugenia David dan Altamis Aqhar Sallam A Sufian memperoleh pingat gangsa apabila menewaskan pasangan Sabah, Tristan Andreas Muyou Angkaus dan Doyce Lee Ye San 11-6, 10-11, 11-6.

Skuasy menawarkan enam pingat emas pada temasya kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan