Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Firdaus Rahmat (kiri), Shamiezal Shapian (tengah), dan Putri Reena Syazwiena (kanan) ditemui TVS di Stadium Bandaraya Miri, hari ini. Foto, Akma Salleh (TVS).

Silat: Shamiezal perlu baiki ekspresi wajah ketika bertanding

ByAkma Salleh

MIRI, 19 Ogos: Atlet silat Sarawak, Mohammad Shamiezal Shapian perlu memperbaiki aspek ekspresi wajah ketika bertanding.

Itu kata jurulatihnya, Mohd Firdaus Rahmat yang turut percaya sekiranya perkara itu dapat diperkemaskan, ia akan membantu merealisasikan sasaran emas buat Bumi Kenyalang.

“Kita lihat aksi dia memang bertenaga dan saya harap dia dapat kekalkan stamina dan prestasi.

“Aspek seterusnya yang perlu diperbaiki ialah dari segi masa, saya harap dia mampu menguasai masa yang diberikan iaitu selama tiga minit dengan sempurna untuk menjadi juara SUKMA kali ini,” katanya kepada TVS di Stadium Bandaraya Miri, di sini, hari ini.

Sementara itu Mohammad Shamiezal berkata, masa yang diberi itu memadai kerana pesilat kebiasaannya turut diiringi muzik berdurasi tiga minit ketika membuat persembahan.

“Saya yakin selepas berlatih selama enam bulan, saya mampu melakukan yang terbaik buat Sarawak.

“Bagaimanapun saya tidak boleh lalai kerana atlet negeri lain juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, jurulatih silat pasukan wanita Sarawak, Putri Reena Syazwiena turut optimis pasukan silat olahraga wanita juga mampu mara ke peringkat akhir. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan