KUCHING, 19 Ogos: Sebelum ini arena tinju Sarawak disajikan dengan kehebatan dan ketangkasan Daelonial Mcdelon Bong atau lebih popular dengan panggilan Kilat Boy.
Di sebalik kecemerlangan Kilat Boy dalam arena tinju peringkat antarabangsa, tumpuan kini turut terarah kepada Lam Wee Liang.
Apa tidaknya, petinju muda yang mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI hanya memerlukan pusingan pertama untuk mengalahkan lawan menerusi Technical Knockout (TKO).
Wee Liang yang beraksi dalam kategori lightweight 57-60 kilogram (kg) mudah menundukkan lawan dari Terengganu, Muhammad Shahil Adika untuk mara ke separuh akhir.
SUKMA dihat sebagai platform terbaik untuk Wee Liang untuk terus mengukir nama dalam arena tinju.
Selain Wee, empat lagi petinju Sarawak turut layak separuh akhir.
Mereka terdiri daripada Clarkson Evan Toms bagi kategori 45-48 kg lelaki dan Anderton Teck Hieng Tee (welterwright 63.5-67kg).
Dua lagi petinju Sarawak yang turut layak ialah Gideon Riquelme Jonathan bagi kategori middleweight 71-75kg dan Bradley Jilan (cruiserweight 80-86kg).