KUCHING, 19 Ogos: Sarawak melangkah ke separuh akhir acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas mengejutkanĀ juara bertahan, Wilayah Persekutuan 3-1 dalam aksi suku akhir, hari ini.
Pada aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan dekat sini, Sarawak yang dibimbingĀ Faizal Zamri berjaya memperoleh gol pertama hasil jaringan sendiri pemain lawan,Ā Mohamad Nazrul Nizam Nazri seawal minit kelima.
Kedua-dua pasukan terus mengggandakan serangan sebelum Sarawak berjaya menambah jaringan pada minit ke-32 menerusi Awang Ifran Syahreeza Awang Ahmad.
Dua minit kemudian, Aisar Azhar berjaya merapatkan jaringan buat Wilayah Persekutuan, namun kegembiraan skuad muda ibu kota ituĀ hanya bertahan lima minit sebelum Aisar menjaringkan gol sendiri pada minit ke-39 dan kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.
Menanti Sarawak di separuh akhir Rabu ini adalahĀ Perak yang maraĀ selepasĀ membenam TerengganuĀ 8-2.
Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir akan menyaksikan pertembungan antara Pulau Pinang dan Selangor selepas kedua-duanya menundukkan lawan masing-masing hari ini.
Pulau Pinang layak selepas mencatat kemenangan 4-3 ke atas Pahang menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 hingga tamat perlawanan.
Selangor pula menempah slot dalam kelompokĀ empat pasukan terbaik itu setelah mengalahkan Melaka 6-3.
Kali terakhir futsal dipertandingkan pada SUKMA adalah semasaĀ edisi ke-19 di Perak pada 2018. -TVS.