Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eidelweiss Franzel Francey Sami memperoleh pingat emas dalam kategori Kumite Individu (Wanita) bagi berat 68 kilogram (kg) ke atas. Foto Salasiah Safian (TVS)

Edelweiss bangga cipta sejarah karate untuk Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Ogos: Atlet karate wanita Sarawak, Eidelweiss Franzel Francey Sami mengakui terkejut namun berbangga di atas pencapaiannya meraih pingat emas acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.

Dia yang lebih mesra disapa sebagai Dell berkata, kejayaan itu di luar jangkaan memandangkan ini merupakan penampilan kali pertamanya pada temasya berkenaan.

“Saya rasa bersyukur kerana dapat menyumbang emas pertama dalam sukan karate untuk Sarawak.

“Terima kasih kepada jurulatih kerana selalu memberi sokongan dan percaya kepada kebolehan saya,” katanya kepada pemberita di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri di sini hari ini.

Dell yang juga seorang pelajar jurusan Sains Komputer berkata, dia mula mempelajari karate sejak berusia lapan.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukannya setelah menerima insentif sebanyak RM15,000 daripada Kerajaan Sarawak, Dell memberitahu dia akan menggunakan ganjaran itu untuk keperluan keluarga dan pelajarannya.

Dalam acara akhir petang tadi, Eidelweiss Franzel menewaskan wakil Terengganu, Mirza Amirah Syuhada Mohd Faizal dengan keputusan 8-6. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan