Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Danish Iftikhar meraikan kejayaan bersama pelari Selangor, Danish Irafan. Foto TVS

Calon SPM raja pecut SUKMA XXI

ByMahathir Haroun

KUCHING, 19 Ogos: Atlet Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee dinobatkan raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) XXIselepas memenangi acara 100 meter (m) di Stadium Sarawak sebentar tadi.

Danish melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 10.53 saat (s).

Pingat perak menjadi milik pelari Selangor, Danish Irfan Tamrin (10.60s) dan gangsa dimenangi atlet Pahang, Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid (10.66s).

Danish yang ditemui selepas perlumbaan melahirkan perasaan bersyukur dengan kejayaan tersebut.

“Alhamdulillah di atas kejayaan ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kejayaan ini terutama ibu bapa dan guru sekolah,” katanya.

Danish yang merupakan raja pecut Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menyifatkan tiada rahsia di sebalik kejayaan tersebut.

“Apa yang penting kita perlu menjaga hubungan dengan Allah,” ujarnya.

Mengenai perancangan masa depan, katanya, jurulatih menyasarkan beliau terpilih mewakili negara pada Sukan SEA akan datang.

“Namun pada masa terdekat ini saya akan menumpukan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlebih dahulu,” jelasnya yang berusia 17 tahun.

Selain 100m, Danish turut beraksi dalam acara 200m dan 4x100m.

 

 

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan