Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan pemain pasukan bola tampar lelaki Sarawak di bawah bimbingan ketua jurulatih Pang Sii Chuong. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Pasukan bola tampar lelaki Sarawak catat kemenangan kedua

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 18 Ogos: Pasukan bola tampar lelaki Sarawak menewaskan Johor 3-1 dalam aksi Kumpulan A bola tampar lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 petang tadi.

Tuan rumah bermula baik pada dua set pertama apabila menang 25-18 dan 25-23.

Namun Johor bangkit pada set ketiga dengan mencatatkan keputusan 25-23.

Kebangkitan yang cuba ditunjukkan Johor di Dewan Bola Tampar Rejang Park itu bagaimanapun terhenti apabila Sarawak kembali mengemaskan permainan untuk mencatatkan keputusan 25-17 pada set keempat.

Perlawanan kategori wanita pada sebelah pagi tadi pula menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengalahkan pasukan Terengganu 3-0 menerusi kemenangan 25-11, 25-9 dan 25-13.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan bola tampar lelaki Sarawak Pang Sii Chuong mengakui beliau kurang berpuas hati dengan prestasi skuad bimbingannya ketika mencatatkan kemenangan 3-0 menentang Pahang dalam Perlawanan pertama semalam.

Katanya perkara itu mungkin disebabkan tekanan yang agak tinggi dihadapi oleh pemain memandangkan ia merupakan perlawanan pertama mereka.

“Pada pandangan saya, pagi semalam kemenangan mudah tetapi bukan perlawanan yang mudah.

“Prestasi pemain sedikit perlahan tetapi hari ini lebih baik ketika menentang Johor,” katanya.

Pasukan lelaki Sarawak akan bertemu Kedah pukul 2 petang esok manakala pasukan wanita berdepan Selangor. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan