Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mikail Ghazali Zulfikar salah seorang peserta Muaythai lelaki Sarawak yang berjaya mara ke pusingan akhir. Foto Kassman Fuat.

Lima peserta Sarawak kategori kombat mara ke peringkat akhir Muaythai SUKMA

BySteward Dawi

BINTULU, 18 Ogos: Impian skuad Muaythai Sarawak untuk meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 semakin hampir apabila lima wakil kategori kombat mara ke final.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim berkata, acara akhir akan berlangsung pada 20 Ogos ini.

“Kita memang menaruh harapan yang tinggi kepada kelima-lima peserta Muaythai Sarawak ini (lelaki dan wanita) untuk menang pingat emas.

“Ini selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berhasrat menjadikan Sarawak kuasa sukan negara, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir Muaythai di Naim Paragon Streetmall, Bintulu hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan semua jenis sukan dan permainan yang ada di negeri ini termasuk Muaythai.

“Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak jemu memberi sokongan dan nasihat kepada persatuan dan anak-anak buah yang terlibat di dalam SUKMA 2024 kali ini,” jelasnya.

Antara barisan peserta lelaki Muaythai Sarawak yang bakal berentap di pusingan akhir kategori kombat ialah Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (51-54kg), Azhad Haziq Syafaat (67-71kg), dan Texas Jeremy Lo (54-57kg).

Sementara itu atlet Muaythai wanita Sarawak yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah Maurien Hii Sie Lin (48-51kg), dan Cherilynn Christalle Chan Qi Qi (51-54kg).

Selain itu, bagi Muaythai kategori seni beberapa peserta Muaythai Sarawak turut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang bakal diadakan esok 19 Ogos 2024 di venue yang sama.

Mereka terdiri daripada Mifdhal Wafiy Ayatullah (Wai Kru), Nur Iklil Zarifah Mohamad Affandi (Wai Kru), Mai Muay lelaki (Mifdhal Wafiy Ayatullah dan Mohamad Azrell Saifullah Abdullah) dan Mai Muay wanita (Ain Arisya Zulkeplie dan Nur Arifah Mahsunah Baharom). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan