KUCHING, 18 Ogos: Penembak Sarawak, Leticia Chai Jia Yi menyumbang pingat perak ke-12 buat kontinjen Bumi Kenyalang pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Dalam aksi sengit acara menembak pistol 25 meter wanita, Leticia yang membuat penampilan sulung SUKMA memberi saingan sengit sebelum tewas satu mata kepada wakil Pahang, Sayyeda Khadeeja Mohamad Anis Fadhli.
“Beza mata sangat rapat sebenarnya, saya sudah melakukan yang terbaik, mungkin tidak emas, tetapi saya berpuas hati.
“Apa pun saya akan berusaha dengan lebih lagi selepas ini untuk acara seterusnya, mungkin ini akan membuatkan saya lebih yakin dengan pencapaian hari ini,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan di Lapang Sasar Sarawak.
Pingat gangsa dimenangi oleh seorang lagi atlet Pahang, Intan Nurirdina Faqihah Mohd Azhar. -TVS