Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Karate Sarawak meraih satu pingat emas dan dua pingat gangsa pada hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Karate: Sarawak menang satu pingat emas, dua pingat gangsa

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Ogos: Sarawak berjaya merangkul satu pingat emas dan dua pingat gangsa menerusi acara karate Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Pingat emas dimenangi oleh Eidelweiss Franzel Francey Sami dalam kumite individu wanita kategori 68 kilogram (kg) ke atas.

Manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh Aina Batrisya, Arissa Maseira dan Jemima George untuk kategori kata berpasukan wanita.

Satu lagi pingat gangsa dimenangi oleh Ethan Iskandar Mohamat dalam kumite individu lelaki kategori 84 kg ke atas.

Esok Sarawak menyasarkan pingat untuk menang dua pingat menerusi kumite berpasukan lelaki dan wanita.

Sementara itu Wilayah Persekutuan setakat ini menduduki tempat teratas kutipan pingat karate dengan empat emas, satu perak dan lima gangsa.

Sabah di tempat kedua dengan dua emas, tiga perak dan enam gangsa manakala Johor ketiga dengan dua emas, tiga perak dan tiga gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan