Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eidelweiss Fransel Francey Sami hadiahkan pingat emas pertama Sarawak dalam acara karate SUKMA. Foto, Salasiah Safian (TVS).

Eidelweiss cipta sejarah, muncul atlet Sarawak pertama raih emas karate

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Ogos: Atlet karate Sarawak, Eidelweiss Fransel Francey Sami mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat Bumi Kenyalang sejak acara itu mula dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2000.

Eidelweiss Fransel mengecap nikmat kejayaan itu menerusi acara kumite 68 kilogram (kg) ke atas.

Dia menceriakan ratusan penyokong Sarawak yang memenuhi Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri selepas menewaskan lawannya dari Terengganu, Mirza Amirah Syuhada dengan keputusan 8-6.

Berita lanjut menyusul. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan