Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datin Ellias Suriati Omar mengulas mengenai persembahan pasukan bola jaring Sarawak selepas perlawanan menentang Terengganu di Mukah hari ini. Foto, Lorenzo Isaac (TVS).

Bola Jaring: Sarawak tewas dalam aksi sengit menentang Terengganu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 18 Ogos: Sarawak tewas tipis 53-56 kepada Terengganu dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Politeknik Mukah, hari ini.

Sarawak mendahului tiga suku pertama perlawanan dengan skor 14-12, 13-11 dan 16-15.

Barisan kendalian jurulatih Katherine Khoo Sen Sen itu bagaimanapun gagal mengekalkan momentum pada suku terakhir apabila lawan dari Panai Timur itu bangkit mencatatkan kemenangan 18-10.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Sarawak Datin Ellias Suriati Omar mengakui perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan berjuang hingga wisel penamat.

“Kita sudah mendahului namun kawalan permainan menjadi kucar-kacir, sama seperti semalam (pada suku terakhir), kita tidak bernasib baik.

“Semangat kami memang tinggi namun konsistensi menjadi kunci. Siapa yang lebih sabar, mereka menang,”katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Meskipun kecewa dengan keputusan hari ini, Ellias Suriati tetap optimis mengenai peluang Sarawak dalam perlawanan seterusnya.

Pertandingan bola jaring SUKMA ke-21 di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah yang bermula pada 17 pinga 23 Ogos disertai 11 pasukan termasuk Brunei.

Dalam aksi pembukaan, Pahang mengalahkan Brunei dengan kemenangan besar 79-27 sementara Terengganu menewaskan Selangor dengan jaringan 45-42.

Sarawak Sebelum ini tewas tipis kepada Kedah 45-48 manakala Wilayah Persekutuan mengatasi Perak dengan mudah, 76-22.

Sabah turut mencatatkan kemenangan 54-45 ke atas Kelantan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan