Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Sarawak, Marcos Robert mengalahkan Jimy Kilah dari Wilayah Persekutuan dalam acara Light Middlewight 67-71kg. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: Strategi Sarawak menjadi, Marcos layak ke suku akhir bagi kategori 71kg tinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 17 Ogos: Strategi skuad tinju Sarawak dalam menumpaskan lawannya, Jimey Kilah dari Wilayah Persekutuan menerusi Marcos Robert dalam acara tinju bagi kategori 71 kilogram (kg) malam ini membuahkan hasil dengan keputusan memihak kepada tuan rumah.

Ketua Jurulatih Tinju Sarawak, Helman Morni berkata, skuad bimbingannya akan meneruskan strategi yang telah dirancangnya untuk anak-anak buahnya kepada pihak lawan pada perlawanan seterusnya dan akan datang kelak.

“Alhamdulillah, prestasi Marcos malam ini apa yang kami dari barisan kejurulatihan lihat adalah memuaskan dan sudah tentu kita akan mengatur strategi lagi yang menjadi senjata rahsia Sarawak untuk menewaskan pihak lawan pada peringkat suku akhir.

“Kita mempunyai kelebihan kerana kita sudah mengkaji pihak lawan kita berdasarkan rekodnya pada kejohanan-kejohanan lepas dan itu adalah menjadi pemangkin Marcos berjaya menumpaskan Jimey,” katanya pada sidang media selepas perlawanan bout kelima di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman di sini, malam ini.

Sementara itu, sorakan penyokong-penyokong daripada penduduk Simanggang yang begitu padu membuatkan Marcos bersemangat untuk menewaskan Jimey.

Mengakuinya gementar apabila memasuki gelanggang, namun menurutnya, ia tidak menjadi halangan untuk menguasai permainan pada ketiga-tiga pusingan dengan begitu agresif.

“Saya berasa amat gembira kerana berjaya menewaskan Jimey dan kemenangan ini adalah sokongan padu daripada jurulatih-jurulatih serta ahli keluarga saya,” katanya lagi.

Marcos akan bertemu dengan atlet wilayah jiran, Jonathan Jhon, pada peringkat suku akhir pada 19 Ogos (Isnin) ini.

Jika Marcos berjaya mengekalkan kemenangannya pada peringkat suku akhir, dia akan bertemu sama ada Ahmad Arifuddin dari Selangor atau Muhammad Shahril Iqbal Nor Azman dari Melaka pada Rabu depan untuk peringkat separuh akhir.

Esok, sebanyak lima atlet Sarawak akan berentap pada peringkat suku akhir melibatkan lima kategori iaitu 48kg, 60kg, 67kg, 75kg dan 86kg.

Bagi kategori 48kg, Clarkson Evans Tom Frankie akan bertemu dengan Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan dari Wilayah Persekutuan; kategori 60kg, Lam Wee Liang bertemu dengan Muhammad Shahil Adika Asmadi dari Terengganu; Anderton Tee Hieng Tie bertembung dengan Jass Mizal Jasirin dari Sabah bagi kategori 67kg.

Manakala kategori 75kg dan 86kg masing-masing pula adalah Gideon Riquelme Jonathan bertemu Muhammad Haziq Aiman Azmi dari Johor dan Bradley Jilan Kennedy akan bertemu dengan Muhammad Asri Danish Mohamed Azli dari Wilayah Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan