Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
示意图

SUKMA: Skuad badminton Sarawak juara kumpulan A

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 17 Ogos: Sarawak mengakhiri saingan kumpulan A dengan menduduki tempat teratas selepas menewaskan Sabah 3-2 dalam acara badminton temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Sarawak memulakan aksi cemerlang dengan meraih mata pertama menerusi perseorangan wanita Wong Ling Ching yang menewaskan Cassey Rynn Rompog 21-9, 21-9.

Pemain perseorangan lelaki, Goh Shun Huat menyumbangkan mata kedua Sarawak selepas mengatasi Muhammad Nur Azhar Zunaide 21-12, 28-26 sebelum pasangan beregu campuran Jeremy Juan-Genevie Lim meletakkan Sarawak terus mendahului 3-0 setelah menewaskan Hafiz Hakimi Hashim-Jola Lim Zi Yu (21-15, 16-21, 21-15).

Pada perlawanan keempat, beregu wanita Kashley Kho-Lee Zi Suen berdepan kesukaran melakar kemenangan ke atas Arena Satu Samin-Goh Shuen Tong apabila tewas 15-21, 11-21.

Pasangan beregu lelaki Isyraf Hafizin Ibrahim-Pui Wee Young gagal mengutip mata buat Sarawak pada perlawanan terakhir kumpulan A selepas tewas di tangan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Hymns Isaiah Shim 16-21, 18-21.

Sarawak, Sabah dan Selangor diundi dalam kumpulan A bagi peringkat kumpulan acara badminton SUKMA ke-21.

Sarawak akan bertemu Selangor dalam peringkat kumpulan A esok dan pasukan yang akan dihadapi pada suku akhir nanti hanya diketahui selepas undian dijalankan sejurus semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan