SRI AMAN, 17 Ogos: Pulau Pinang menepati ramalan apabila mudah menumpaskan atlet Johor, Ahmad Danish Mohamed Nasir dalam acara sukan tinju bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini sebentar tadi menerusi bout kedua.
Pavithran Rajini Kanth yang berjaya merangkul pingat perak pada SUKMA Kuala Lumpur 2022 itu akan bertemu dengan Syed Muhammad Irfan Syed Ruzman Hardi dari Perlis pada Isnin ini.
Pavithran menguasai ketiga-tiga pusingan dan berjaya memungut kemenangan menerusi lima mata daripada barisan juri.
Selain Pulau Pinang, kontinjen dari Perak, Sabah, Johor dan Sarawak turut layak ke peringkat suku akhir.
Bout pertama, Megat Muhammad Irfan dari Perak berjaya menewaskan Muhammad Yassin Lesar dari Melaka dan bout ketiga pula, Danial Wahyu dari Sabah berjaya menumpaskan Muhammad Niyaz Wafie Khairil Anuar dari Pulau Pinang.
Manakala bout keempat pula di mana Azib Zarfan Zolkarnain dari Johor berjaya mengalahkan Winson Saulus dari Perlis walaupun mempunyai saingan yang begitu sengit dengan kutipan mata 4-1.
Bout terakhir di mana tuan rumah menepati ramalan apabila Marcos Robert dengan mudah menewaskan Jimey Kilah dari Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 16 bout akan dipertandingkan yang merupakan saingan suku akhir melibatkan enam kategori lelaki iaitu 48kg, 54kg, 60kg, 67kg, 75kg dan 86kg esok. – TVS