Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pembukaan SUKMA 2024 di Stadium Sarawak malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA platform kukuhkan perpaduan, pupuk semangat patriotisme – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 17 Ogos: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang merupakan acara sukan terbesar di negara ini mampu membina dan mengeratkan persahabatan antara negeri serta menyemai nilai-nilai positif dalam generasi muda.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, temasya itu bukan sekadar pertandingan dan mahukan kemenangan, bahkan ia juga satu platform pengukuhan perpaduan.

“SUKMA memupuk semangat patriotisme dan kebanggaan negara melalui penyertaan pelbagai negeri dan etnik dalam satu platform.

“Ini membantu mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang,” katanya ketika merasmikan pembukaan SUKMA 2024 di Stadium Sarawak, malam ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak sebagai wilayah yang majmuk amat berbesar hati menjadi tuan rumah bagi SUKMA edisi ke-21 kali ini.

“Sebab itu, di Sarawak ini, saya syorkan lokasi-lokasi pertandingan diadakan di bahagian lain untuk nendedahkan anak-anak muda kita kepada kepelbagaian budaya dan kaum etnik yang ada di Sarawak.

“Seperti di Mukah, majoriti kaumnya ialah kaum Melanau manakala di Betong kaum Iban, di Miri kaum Orang Ulu, dan di Sibu kaum Cina, Kuching pula, selaku ibu kota Sarawak, penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya kaum Melayu.  Inilah budaya dan tradisi di Bumi Kenyalang ini,” jelasnya.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya sukan berkenaan.

Buat pertama kalinya juga SUKMA 2024 dianjurkan di sembilan bahagian di seluruh Sarawak, membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan.

Terdahulu, upacara perasmian SUKMA disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir pada majlis itu ialah  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan