Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Jurulatih Pasukan Sofbol Wanita Sarawak, Fakhrur Izzat ketika ditemui TVS di Padang Bola Sepak SMK Merbau, Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

SUKMA: Pasukan Sofbol Wanita Sarawak akur kekalahan, perlukan lebih pendedahan

BySalasiah Safian

MIRI, 17 Ogos: Pasukan Sofbol Wanita Sarawak akur dengan kekalahan pada pusingan pertama Pertandingan Kejohanan Sofbol Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau di sini, hari ini.

Menurut Penolong Jurulatih Pasukan Sofbol Wanita Sarawak, Fakhrur Izzat, para pemain sudah menunjukkan aksi yang baik.

“Kami akur dengan kekalahan ini walaupun persiapan sudah dilakukan berbulan-bulan, kami juga faham bahawa negeri-negeri lain mendapat lebih pendedahan berkenaan permainan ini.

“Pasukan kami menunjukkan peningkatan dari segi batting untuk mendapatkan mata. Cuma kurang dari segi pertahanan untuk permainan dalam padang,” katanya ketika ditemui TVS selepas acara itu.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar Sarawak lebih banyak menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan bagi membolehkan para pemain menimba pengalaman.

“Banyakkan lagi kejohanan (tournament) Sofbol mungkin untuk game pada hujung minggu dan buka penyertaan hingga ke Semenanjung Malaysia.

“Kebiasaannya di Sarawak hanya kelab-kelab tempatan dan Brunei yang datang untuk perlawanan persahabatan,” ujarnya lagi.

Pasukan Wanita yang berada di dalam Kumpulan D tewas kepada Pahang dengan mata akhir sebanyak 10-16.

Pusingan pertama Pertandingan Kejohanan Sofbol Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 bermula pada 15 hingga 17 Ogos diikuti pusingan Page-System pula akan berlangsung pada 18 Ogos ini dan pusingan akhir pada 19 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan