Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Pasukan Sofbol Wanita Pahang, Wan Mohammad Kamal Azman ketika ditemui TVS di Padang Bola Sepak IKBN Miri, di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Sofbol: Pasukan wanita Pahang menang menentang tuan rumah

ByTVS

MIRI, 17 Ogos: Pahang berjaya menundukkan Sarawak, 16-10 menerusi acara sofbol wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, pagi tadi.

Ketua jurulatihnya, Wan Mohammad Kamal Azman berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan para pemain meskipun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Kalau tengok pada perlawanan hari ini, saya rasakan pemain saya bermain dengan baik. Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki terutamanya dari segi pukulan. Dari segi memadang saya rasa tiada masalah.

“Insyallah untuk mara ke pusingan seterusnya, kita akan perbaiki dari segi batting,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar para pemain meneruskan prestasi yang baik dan meningkatkan lagi semangat mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pasukan Pahang berjaya memenangi dua perlawanan menentang Sabah dan Sarawak dalam kumpulan D – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan