Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan di Bau hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak mampu hasil tenaga lebih efisien melalui kaedah teknologi baharu – Abang Johari

BAU, 17 Ogos: Sarawak kini mampu menghasilkan tenaga hidrogen dengan lebih efisien melalui kaedah teknologi baharu yang mampu menjimatkan tenaga elektrik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mendedahkan, Sarawak sebelum ini telah berjaya mengurangkan tenaga elektrik yang digunakan untuk menghasilkan satu kilogram hidrogen daripada 60 kilowatt kepada 38 kilowatt.

“Saya diberitahu sekarang ini adalah 25 kilowatt. Ini disebabkan oleh teknologi baharu. Ini bermakna kos tenaga yang dikehendaki bagi memecah dua molekul oksigen dan hidrogen adalah rendah. Oleh itu, kos pengeluarannya rendah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Sarawak meletak sasaran untuk bekerjasama dengan pakar dari Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat bagi mengurangkan kos pengeluaran hidrogen.

Abang Johari turut menyasarkan untuk mengurangkan kos tersebut kepada 15 atau 10 kilowatt dan beliau menjangkakan perkara itu mampu dicapai dalam masa lima hingga 10 tahun lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan