Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo ketika memimpin Majlis Upacara Menaikkan Bendera Merah Putih sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur hari ini. Foto Biro Pers Istana

Peristiwa penting peralihan fungsi pentadbiran

ByTVS

JAKARTA, 17 Ogos: Buat julung kalinya Indonesia mengadakan Majlis Upacara Menaikkan Bendera Merah Putih sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur hari ini.

Dipimpin oleh Presiden Indonesia Joko Widodo, ia menandakan peristiwa penting dalam peralihan fungsi pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Nusantara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden terpilih Prabowo Subianto yang akan memimpin Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang apabila Jokowi menamatkan penggalnya pada Oktober.

Seramai 1,300 warga tempatan dan tetamu berpakaian tradisional Indonesia berkumpul di Istana Negara di sana di tengah-tengah pembinaan bangunan yang sedang berjalan dengan lebih 5,000 pasukan keselamatan tentera dan polis dikerahkan ke majlis itu.

Sambutan di Istana Negara baharu di IKN itu diadakan bersama sambutan di Istana Merdeka di Jakarta, yang dihadiri Naib Presiden Ma’ruf Amin diiringi oleh wakil presiden terpilih Gibran Rakabuming Raka.

Pembinaan ibu kota baharu itu bermula pada pertengahan 2022, menjangkau kira-kira 2,600 kilometer tanah hutan di Kalimantan.

Sebelum ini, Jokowi mula bertugas di ibu negara pada akhir Julai dan berjaya mengadakan mesyuarat kabinet pertama di IKN beberapa hari lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan